Posts

Showing posts from August, 2017

7 sunnah Nabi SAW yang layak dihidupkan

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian - mari kita laksanakan tujuh Sunnah hebat ini. Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 1. Tahajud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah SWT. 2. Membaca al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat... 3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid adalah pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin, tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 4. Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha. Yakinlah, manfaat solat Dhuha sangat dashyat dalam mendatangkan rezeki. 5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyuk