Posts

Showing posts from October, 2017

100 perintah Allah dalam al-Quran

Image
100 perintah Allah SWT dalam al-Quran untuk kehidupan manusia sehari-hari; 1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159) 2. Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134) 3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36) 4. Jangan sombong dan arogan (QS 7 – Al A’raaf : 13) 5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199) 6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan (QS 20 – Thaahaa : 44) 7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19) 8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11) 9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)  (QS 17 – Al Israa’ : 23) 10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23) 11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapa tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58) 12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282) 13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170) 14. Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan (Q

Petua Imam Syafie - Solat

Image
Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 Cara Tidur 1. Tidur para Nabi Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi. 2. Tidur para Ulama' dan Ahli Ibadah Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. Tidur oara raja yang haloba Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimak

Air suam berkesan selesai beberapa masalah kesihatan

Image
Sekumpulan doktor Jepun mengesahkan air suam adalah 100 peratus berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan, seperti: 1 Migrain 2 Tekanan darah tinggi 3 Tekanan darah rendah 4 Sakit sendi 5 Peningkatan dan penurunan degupan jantung yang mendadak 6 Epilepsi 7 Meningkatkan tahap kolesterol 8 Batuk 9 Badan tidak selesa 10 Golu sakit 11 Asma 12 Batuk kokol 13 Urat tersumbat 14 Penyakit yang berkaitan dengan Uterus & saluran air kencing 15 Masalah perut 16 Kurang selera makan 17 Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak. 18 Sakit kepala Bagaimana menggunakan air suam? Bangun waktu pagi dan minum kira-kira empat gelas air suam apabila perut kosong. Anda mungkin tidak boleh minum empat gelas sekali gus pada mulanya, tetapi perlahan-lahan anda akan terbiasa NOTA: Jangan makan apa-apa selepas 45 minit mengambil air suam. Terapi air suam akan menyelesaikan masalah kesihatan dalam tempoh yang munasabah seperti: ✔ Diabetes d

Balasan Allah kepada mereka yang suka aib dan hina orang lain

Image
Sesiapa yang suka mengaibkan atau menghina orang lain, cepat-cepatlah bertaubat sebelum balasan Allah SWT datang kepada mereka. Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah (maksudnya menyebutkan keburukan orang lain meskipun benar)?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana jika apa yang disebutkan itu benar?" Jawab baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika hal itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (kebohongan besar)." (Hadits Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi) Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib dan lahir kehinaan. Rasulullah SAW bersabda: "Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya