Posts

Dahsyatnya Ayatul Kursi

Image
Bunyinya :          Allaahu-laa-ila ha illa-huwal Haiyul Qayyum  La-ta'-Khu-dzuhuu-Sinatun Wala naumun Lahuu-maafis-samaawaati wama fil Ardhi  Man-dzal-la-dzi, Yash-fa-'u, 'in-dahuu il-la-biiznihi   Ya'lamu maabaina Aidiihim wa-maa khal-fahum  Walaa Yuhiituuna Bisyai-in, Min 'ilmihi il-la bima Syaa-a   Wasi-a' Kursi-yuhuss Samaawaati wal Ardha        Walaa-ya uu-duhuu hif-dzu-huma wa hu wal' Aliyul Adzim'          Baca pada saat keluar rumah 70,000 Malaikat akan menjagamu. Baca pada saat masuk rumah, kemiskinan tak akan masuk ke dalam rumahmu.  Baca setelah berwudhu darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat. Baca pada saat hendak tidur malaikat akan menjagamu sepanjang malam.          Baca setelah sholat maka jarak antara kamu dan Syurga hanyalah kematian.

Biodata Rasulullah SAW

Image
Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim. Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah) Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara ole

Bila aku teringat dan rindu Rasulullah SAW

Bila aku tak suka pada rasa makananku aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain.. aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga ia menaikkan semangatku Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda Muhammad SAW yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya Bila aku b

Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW

Kebanyakan ulama berpendapat kelahiran Rasulullah SAW ialah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal dan ini pendapat majoriti ulama ahli sejarah seperti Ibnu Ishaq juga Abi Hatim Ibnu Hibban, demikian juga Ibnu Khaldun, juga Ibnu Sayyidinaas. وقد روي من طريق سلمة بن الفضل عن ابن إسحاق , قال ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الإثنين عام الفيل لاثنتي عشرة ليلة مضت من شهرربيع الأول "Sungguh diriwayatkan dari jalan Salmah bin al-Fadhl dari Ibnu Ishaq, ia berkata "Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan hari senin tahun gajah tanggal 12 Rabi’ul Awwal" وعن زبير بن بكار عن معروف بن خربوذ وغيره من أهل العلم قالوا : ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم عام الفيل , وسميت قريش” آل الله ” وعظمت في العرب ولد لاثنتي عشرة ليلة مضت من ربيع الأول "Dari Zubair bin Bakkar dari Ma’ruf bin Kharbudz dan selainnya dari ulama, mereka berkata : "Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan tahun gajah, bangsa Qurasiy menamainya dengan Aalullah, dan diagungkan oleh bangsa Arab, lahir

Selawat Maulidur Rasul

Image
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi ‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad ‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi ‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu ‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu ‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu ‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu ‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita ‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya ‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat ‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat ‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan ‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya ‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia ‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa ‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad ‎يَا عَرُوْسَ الْخَاف

Azan terakhir dari Bilal Bin Rabah

Image
Selepas wafatnya Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah telah meminta izin dengan Khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Mendengar permintaan itu dan memahami perasaan Bilal, maka Abu Bakar memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah. Sebelum meninggalkan Madinah, ditatapinya buat kali terakhir kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah SAW berkongsi suka dan duka. Bilal menetap bersama keluarganya di Syria, sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah SAW. Sekian lamanya Bilal menetap di Syria. Satu hari Rasulullah SAW muncul dalam mimpinya dan berkata, "Wahai Bilal, keras sungguh hati mu, kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata sehingga seluruh keluarganya terbangun. Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi, ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah SAW. Semasa Bilal dalam perjalanan menuju Madinah, air matanya tidak henti-henti me

100 perintah Allah dalam al-Quran

Image
100 perintah Allah SWT dalam al-Quran untuk kehidupan manusia sehari-hari; 1. Jangan berkata kasar (QS 3 – Ali Imran : 159) 2. Tahanlah amarah (QS 3 – Ali Imran : 134) 3. Berbaiklah kepada orang lain (QS 4 – An Nisaa’ : 36) 4. Jangan sombong dan arogan (QS 7 – Al A’raaf : 13) 5. Maafkanlah kesalahan orang lain (QS 7 – Al A’raaf : 199) 6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan (QS 20 – Thaahaa : 44) 7. Rendahkanlah suaramu (QS 31 - Luqman : 19) 8. Jangan mengejek orang lain (QS 49 – Al Hujuraat : 11) 9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapa)  (QS 17 – Al Israa’ : 23) 10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapa) (QS 17 – Al Israa’ : 23) 11. Jangan memasuki kamar pribadi ibu bapa tanpa izin (QS 24 – An Nuur : 58) 12. Catatlah hutang-hutangmu (QS 2 – Al Baqarah : 282) 13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta (QS 2 – Al Baqarah : 170) 14. Berikanlah perpanjangan waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan (Q