Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW

Kebanyakan ulama berpendapat kelahiran Rasulullah SAW ialah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal dan ini pendapat majoriti ulama ahli sejarah seperti Ibnu Ishaq juga Abi Hatim Ibnu Hibban, demikian juga Ibnu Khaldun, juga Ibnu Sayyidinaas.

وقد روي من طريق سلمة بن الفضل عن ابن إسحاق , قال ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم الإثنين عام الفيل لاثنتي عشرة ليلة مضت من شهرربيع الأول

"Sungguh diriwayatkan dari jalan Salmah bin al-Fadhl dari Ibnu Ishaq, ia berkata "Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan hari senin tahun gajah tanggal 12 Rabi’ul Awwal"

وعن زبير بن بكار عن معروف بن خربوذ وغيره من أهل العلم قالوا : ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم
عام الفيل , وسميت قريش” آل الله ” وعظمت في العرب ولد لاثنتي عشرة ليلة مضت من ربيع الأول

"Dari Zubair bin Bakkar dari Ma’ruf bin Kharbudz dan selainnya dari ulama, mereka berkata : "Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan tahun gajah, bangsa Qurasiy menamainya dengan Aalullah, dan diagungkan oleh bangsa Arab, lahir tanggal 12 Rabi’ul Awwal"

Syeikh Muhammad Abu Zahrah mengatakan :

إن الجمهرة العظمى من علماء الرواية أن مولده عليه الصلاة والسلام في ربيع الأول من عام الفيل في ليلة الثاني عشرمنه وذاك لأن الفيل وجيشه ساروا مكة في المحرم وولد النبي صلى الله عليه وسلم بعد مقدم الفيل بخمسين يوماً, وبذلك جمع الأكثرون على أنه ولد بعد مساورة جيش أبرهة بخمسين يوماً

"Sesungguhnya majoriti ulama dari ahli sejarah sepakat bahawa Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam dilahirkan di bulan Rabiul Awwal tahun gajah tanggal 12 Haribulan, kerana gajah dan bala tenteranya mendatangi kota Makkah di bulan Muharram, sedangkan Nabi dilahirkan setelah kedatangan gajah 50 harinya, oleh sebab itu majoriti ulama sepakat bahawa Nabi lahir setelah kedatangan pasukan  Abrahah 50 hari"

Sebahagian ulama ahli hikmah mengatakan :

أن تقليد الأكثر أولى من تقليد الأكبر

"Sesungguhnya mengikuti yang majoriti itu lebih utama daripada mengikuti yang senior"

(Kitab Faidh al-Qadir 4/246, Imam al-Munawi)

SUMBER RUJUKAN KITAB:

As-Sirah An-Nabawiyyah, Ibnu Hisyam : 1/158

Ats-tsiqaat : 1/14

Tarikh Ibnu Khaldun : 2/394

Uyun al-Atsar : 1/79

Dalail an-Nubuwwah, Imam al-Baihaqi : 1/74 juga disebutkan dalam Mustadrak al-Hakim : 2/603. Disebutkan juga dalam Tarikh al-Umam wa al-muluk, Imam ath-Thabari : 2/125

As-Sirah an-Nabawiyyah, Imam adz-Dzahabi : 25

Khatam an-Nabiyyin : 115

Comments

Popular posts from this blog

Juzuk 26: Surah Muhammad: Ayat 7 -9

Apa itu berjaya, siapa orang yang berjaya?

Balasan Allah kepada mereka yang suka aib dan hina orang lain