Posts

Showing posts from June, 2017

Juzuk 26: Surah Muhammad: Ayat 7 -9

Image
Juzuk 26: Surah Muhammad: Ayat 7 -9 Firman Allah serta terjemahannya: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ (٧) "Wahai orang-orang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ (٨) "Dan orang-orang yang kafir, maka celakalah mereka, dan Allah menghapus segala amalnya." ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ (٩) "Yang demikian itu kerana mereka membenci apa yang diturunkan Allah (Al Quran), maka Allah menghapus segala amal mereka." Tafsir ringkas: 1) Ayat ini merupakan perintah Allah kepada kaum mukmin agar mereka menolong agama-Nya, berdakwah kepada-Nya dan berjihad melawan musuh-musuh-Nya dengan mengharapkan keredhaan-Nya. 2) Menolong agama Allah bermaksud berusaha menerapkan syariat dan manhaj-Nya sehingga Islam menguasai dunia dan mewarnai seluruh

Hikmah rumah didatangi tetamu

Image
Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah s.a.w.  mengenai perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah s.a.w..    Tidak berapa lama kemudian Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya: "Siapakah tetamu itu?" Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah s.a.w.. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah s.a.w.. Ketika Rasulullah s.a.w. hendak pulang. Baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya melihat di pintu ketika Baginda keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah s.a.w. keluar. Dilihatnya b

Doa di akhir Ramadan

Image
"Yaa Allah! Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia." "Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Engkau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku diseksa kerananya sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi." "Yaa Allah! Terimalah puasaku dengan sebaik-baik penerimaan, perkenan, kemaafan, kemurahan, pengampunan dan keredhaan-Mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini." "Selamatkanlah aku dari bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapatkan (keutamaan) di Lailatul-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dar

Adab menyambut Aidilfitri

Image
Bila dengar pengumuman raya, kalau jatuh pada esoknya, teruslah bertakbir raya. Kalau jatuh pada hari berikutnya, takbir bermula selepas Maghrib. Banyakkan bertakbir pada malam tersebut sehingga selesai solat raya. Untuk wanita, boleh takbir setakat pendengaran sendiri. Banyakkan berdoa pada malam raya. Doa pada malam ni sangat mustajab. Jangan suka menyebut perkara-perkara yang negatif atau menyakitkan hati orang lain. Zahirkan kegembiraan untuk menyambut hari raya. Hiasi dengan bertahlil dan bertahmid. Berikan kegembiraan kepada orang terutamanya ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa mertua juga perlu dilayan seperti ibu bapa sendiri  Bagi yang tidak dapat berhari raya bersama atas sebab-sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, telefonlah mereka. Sebaik-baiknya balik raya Jangan ada perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati orang lain terutamanya kepada suami/isteri dan anak-anak. Mengucapkan doa sesama muslim semasa berjumpa dengan ucapan, "Tabbarakkallahuminna hu waminku

313 Pejuang Islam Perang Badar

Image
Nama-Nama 313 Para Pejuang Perang Badar radhiyallahu 'anhum ajma'in. Kami bertawasul dengan Ahli Badar radhiayallahu 'anhum yang telah dijanjikan syurga kepada mereka semua, semoga Allah Ta'ala memelihara dan menyelamatkan kami, ahli keluarga kami, guru-guru kami dan sekelian umat Islam daripada fitnah akhir zaman yang menggerunkan. Allahumma aameen.. Nama-Nama Para Pejuang Perang Badar adalah Sebagai berikut : 1. Sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w. 2. Abu Bakar as-Shiddiq r.a. 3. Umar bin al-Khattab r.a. 4. Utsman bin Affan r.a. 5. Ali bin Abu Tholib r.a. 6. Talhah bin ‘Ubaidillah r.a. 7. Bilal bin Rabbah r.a. 8. Hamzah bin Abdul Muttolib r.a. 9. Abdullah bin Jahsyi r.a. 10. Al-Zubair bin al-Awwam r.a. 11. Mus’ab bin Umair bin Hasyim r.a. 12. Abdur Rahman bin ‘Auf r.a. 13. Abdullah bin Mas’ud r.a. 14. Sa’ad bin Abi Waqqas r.a. 15. Abu Kabsyah al-Faris r.a. 16. Anasah al-Habsyi r.a. 17. Zaid bin Harithah al-Kalbi r.a. 18. Marthad bin Abi Marthad

Buya Hamka: Guru Hati

Image
Siapa tidak kenal HAMKA atau nama sebenar Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981 dan sepanjang hayatnya, Buya Hamka adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Beliau juga seorang yang disegani di Indonesia. Penglibatan Buya Hamka di Indonesia bukan sahaja menyampaikan ilmu, bahkan beliau juga sangat aktif dalam dunia politik dan memiliki Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah. Dalam perjalanan kehidupan Buya Hamka, ada cerita yang dapat kita semua mengambil pedoman. Semasa Buya Hamka terlibat dengan pertubuhan Muhamaddiyah, beliau sangat lantang bersuara demi tanah airnya. Sehingga Buya Hamka sangat agung di mata rakyat Indonesia. Keadaan ini tidak disenangi oleh Presiden Soekarno pada masa itu dan Buya

Apa itu berjaya, siapa orang yang berjaya?

Image
Berapa ramai orang menangis kerana pemberian Allah terlambat datang kepada mereka, akan tetapi mereka tidak pernah menangis ketika mereka selalu terlambat datang kepada Allah di saat panggilan Allah lima kali sehari datang kepada mereka. Berapa ramai orang yang sedih ketika melihat rumah mereka kosong dari perabut rumah dan harta lainnya yang merupakan pemberian dari Allah, tetapi mereka tidak pernah sedih ketika rumah mereka kosong dari amalan-amalan sunnah yang dianjurkan oleh Allah dan dicontohkan oleh Rasul-Nya. Berapa ramai orang yang bersungguh-sungguh merawat kecantikan rupa dan bentuk tubuhnya, tetapi di saat itu juga mereka telah melumuri hatinya dengan kotornya dosa. Saudaraku...! Seberapa banyak dunia ini anda miliki pilihan hanya dua; anda akan ditinggalkan oleh dunia itu atau pasti anda akan meninggalkan dunia ini. Dan seberapa jauh anda telah melupakan kehidupan akhirat, cepat atau lambat pasti anda akan sampai ke sana, dan pilihannya hanya dua; anda akan bahagia selama

Kita tak nampak Allah?

Image
- Bila Allah sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dalam perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia di sekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak Allah. - Bila Allah masyhurkan kita pada pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita t

Memahami krisis Qatar

Image
1. Israel cukup benci pada Qatar. - Sebabnya Qatar mengambil pendekatan mesra dengan golongan militan anti-Israel seperti Hamas dan golongan bukan militan seperti Ikhwanul Muslimin. Qatar juga aktif menolong Palestin. Media Aljazeera yang kritikal pada Israel pun berpusat di Qatar. Inilah satu-satunya media dunia Islam yang terkenal dan berani tegur Israel. CNN, BBC dan media lain semua tak berani. 2. Saudi juga bermasalah dengan Qatar. - Sebabnya Qatar sokong Ikhwan di Mesir, sedangkan Saudi tidak suka Ikhwan. Ikhwan tidak mesra Saudi dan naik melalui demokrasi, sedangkan Saudi monarki. Bencinya Saudi kepada Ikhwan sampaikan Saudi sanggup menaja tentera Mesir untuk menggulingkan kerajaan Ikhwan. 3. Qatar ada perniagaan dengan Iran. - Sebenarnya UAE dan negara Arab lain pun ada talian perniagaan dengan Iran. Cuma Qatar ini lebih kerap hubungannya dengan Iran kerana mereka sama-sama berkongsi telaga minyak. 4. Qatar bukan pro-Iran. - Dakwaan bahawa Qatar pro-Iran tidak be

Qadha', qadar dan kasih sayang Allah

Image
Pada zaman Nabi Musa A.S hidup, ada seorang wanita yang sudah menikah lama tapi tak mendapat keturunan. Perempuan ini pergi berjumpa Nabi Musa dan mengadukan permasalahannya. Dia minta tolong kepada Nabi Musa A.S untuk mendoakan pada Allah (kerana mukjizat Nabi Musa adalah boleh bercakap langsung dengan Allah) supaya dikurniakan seorang anak. Nabi Musa A.S pun pergilah ke tempat yang biasa dia bercakap dengan Allah dan mengajukan permintaan wanita tadi. Kemudian Allah berfirman, "Sesungguhnya Aku telah mentakdirkan perempuan ini mandul (tak subur)". Nabi Musa A.S pergi kepada perempuan itu dan menyampaikan jawaban dari Allah. "Allah sudah mentakdirkan kamu untuk jadi seorang yang mandul (usaha apapun maka sia-sia)" kata Nabi Musa. Maka perempuan tadi pulang dengan perasaan kecewa. Selang beberapa hari, perempuan itu datang lagi kepada Nabi Musa minta Nabi Musa mendoakan yang sama, ingin keturunan. Nabi Musa A.S mendoakan lagi dan jawaban dari Allah tetap