Adab menyambut Aidilfitri
Bila dengar pengumuman raya, kalau jatuh pada esoknya, teruslah bertakbir raya. Kalau jatuh pada hari berikutnya, takbir bermula selepas Maghrib. Banyakkan bertakbir pada malam tersebut sehingga selesai solat raya. Untuk wanita, boleh takbir setakat pendengaran sendiri.
Banyakkan berdoa pada malam raya. Doa pada malam ni sangat mustajab. Jangan suka menyebut perkara-perkara yang negatif atau menyakitkan hati orang lain.
Zahirkan kegembiraan untuk menyambut hari raya. Hiasi dengan bertahlil dan bertahmid.
Berikan kegembiraan kepada orang terutamanya ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa mertua juga perlu dilayan seperti ibu bapa sendiri Bagi yang tidak dapat berhari raya bersama atas sebab-sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, telefonlah mereka. Sebaik-baiknya balik raya
Jangan ada perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati orang lain terutamanya kepada suami/isteri dan anak-anak.
Mengucapkan doa sesama muslim semasa berjumpa dengan ucapan, "Tabbarakkallahuminna hu waminkum"... dan dibalas dengan ucapan "Minna hu waminkum thabhalyakarim"
Minta ampun kat mak ayah. Pada malam raya pun boleh. Cium tangan (mulut cium tangan, bukan dahi cium) dan cium /peluklah mak ayah.
Mandi sunat hari raya dan memakai pakaian yang cantik. Ada empat jenis mandi sunat di samping mandi sunat Hari Raya Aidilfitri iaitu Hari Raya Aidiladha, Hari Arafah dan hari Jumaat.
Sebelum langkah keluar untuk solat, sarapan dulu. Nabi makan kurma dengan jumlah yang ganjil dan minum air.
Disunatkan untuk Solat Sunat Aidilfitri. Bagi wanita yang uzur sangat digalakkan untut turut ke masjid. Untuk mendapat mustajab doa imam dan mendengar khutbah untuk peringatan. Sangat rugi kalau tidak pergi.
Pergi jalan lain, balik jalan lain. Kalau naik kereta, parking jauh sikit dari masjid supaya dapat melangkah lebih banyak ke masjid.
Gunakanlah Aidilfitri untuk bermaafan. Allah lembutkan hati pada masa tu. Allah ampunkan kita takkan kita tidak boleh ampunkan orang lain. Kalau hati terus keras untuk memaafkan, maknanya ada sesuatu dalam hati kita yang tidak ok.
Gunakan Aidilfitri untuk ziarah menziarahi. Jangan tengok wayang atau buat hal lain. Hormatilah Allah sudah bagi eidul fitri
Siapa beri hadiah, sebagai memberi kegembiraan kepada orang lain terutamanya ibu bapa dan keluarga.
Jangan bezakan tetamu. Tetamu datang bawa rezeki dan rahmat,. keluar bawa dosa-dosa kita. Dapat keampunan dari Allah. Lagi ramai tetamu yang datang, banyak rahmat Allah yang masuk. Jangan bezakan tahap tetamu tidak kira kanak-kanak atau dewasa. Biarlah berapa kali pun kanak-kanak yang sama, dia masih tetamu kita. Layan sebaik-baiknya.
Puasa enam. Puasa sekali dengan qada pun boleh. Qada dulu, enam lepas itu pun boleh. Enam dulu, qada pun boleh.
Tanda Ramadhan berjaya
1. Menjaga masa dalam ibadah.
2. Nikmat dalam ibadah
3. Bertambah baik dengan hubungan orang lain.
4. Rasa bertambah baik kepada fakir miskin. Kalau ada orang minta sedekah, tanda Allah datangkan kepada kita.
5. Rasa bertambah syukur kepada Allah swt.
Moga bermanfaat..
Comments
Post a Comment