30 orang yang pertama dalam Islam
1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat: Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat: Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat: Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki \: Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran: Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah: Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW: Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah: Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW: Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh: Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam: Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam: Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal: Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry: Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga: Nabi Muhammad SAW.
Comments
Post a Comment