Posts

Showing posts from September, 2017

Jangan

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam iaitu Saidina Umar Al Khattab Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah SAW melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas firaun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga  Subhanallah.... Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah      MARI KITA RENUNG RENUNGKAN Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku .._ Lahirmu : Dilahir

Empat soalan penting untuk Sayyidina Ali

Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin. Lelaki itu bertanya; “Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya empat soalan, harap tuan dapat menjawabnya: 1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib? 2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat? 3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik? 4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?" Amirul Mukminin Ali  menjawab, 1. Yang wajib ialah taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan dosa. 2. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati. 3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia. 4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

Nak hidup tenang, selesa dan rasa dekat dengan Allah? Amalkan zikir-zikir ini:- Astaghfirullahal azim - 100× Subhanallah wabihamdi subhanallah al azim - 100x Lailahailallah - 100x HasbiAllah wani'mal wakil - 100x Subhanallah walhamdulillah walailhaillallah wallahuakbar - 100x Lahaulawala quwwata illa billahil'ali hil azim - 100x Allahumma salli 'ala sayidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim -100x Buatlah suatu kebaikan yang terus hidup, walaupun setelah kita meninggal nanti. - Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

Istimewanya ajaran Islam...

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Kedatangan Islam kepada umat manusia sebagai penyempurnaan agama-agama yang sebelumnya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran Surah Al-Maaidah, ayat 3: ‎الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا.ٌ "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agama untuk kamu". Keistimewaan ajaran dalam Islam akan sentiasa dapat dirasakan, disaksikan dan dialami sendiri oleh mereka yang mengkaji, mengetahui, mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Islam itu sendiri sebagai ajaran yang lengkap dalam kehidupan umat manusia sehari-hari. Oleh kerana Islam adalah agama yang sempurna, sebagai agama wahyu, maka Islam memiliki keistimewaan tersendiri di antaranya ialah: 1. Ajaran Islam Bersifat Sederhana, Rasional dan Praktikal. Agama Islam adalah agama tanpa mit

Bila usia 40, 50 dan 60 tahun

Firman Allah SWT: "...Bukankah Kami telah memberimu umur sehingga kamu sempat mengingat bagi sesiapa yang mau mengingat?" (Fathir: 37) "Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun" (HR.Bukhari) Al-Khattabi berkata: "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 40, 50, 60 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. Kerana usia 40, 50, 60 tahun adalah usia yang dekat dengan kematian, maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk dan bersiap-siap bertemu Allah." - (Tafsir alQurthubi) Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 40, 50, 60 tahun, maka nasihat Fudhail kepadanya: "Bererti  kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang dan hampir sampai... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa-dosamu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini seka