Istimewanya ajaran Islam...
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW. Kedatangan Islam kepada umat manusia sebagai penyempurnaan agama-agama yang sebelumnya. Hal ini diterangkan dalam al-Quran Surah Al-Maaidah, ayat 3:
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا.ٌ
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi agama untuk kamu".
Keistimewaan ajaran dalam Islam akan sentiasa dapat dirasakan, disaksikan dan dialami sendiri oleh mereka yang mengkaji, mengetahui, mengenali, memahami dan mengamalkan ajaran Islam itu sendiri sebagai ajaran yang lengkap dalam kehidupan umat manusia sehari-hari.
Oleh kerana Islam adalah agama yang sempurna, sebagai agama wahyu, maka Islam memiliki keistimewaan tersendiri di antaranya ialah:
1. Ajaran Islam Bersifat Sederhana, Rasional dan Praktikal.
Agama Islam adalah agama tanpa mitos. Islam membangkitkan umatnya untuk berfikir dan mendorong manusia untuk menggunakan naluri dan akal pemikirannya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran Surah Al-Baqarah, ayat 269:
يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاءُ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ
"Allah SWT memberikan Hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya".
2. Ajaran Islam Bersifat Seimbang Antara Kebendaan dan Kerohanian.
Islam tidak memisahkan antara kehidupan di dunia dan di akhirat. Dalam Islam, kekayaan material seseorang akan mencapai matlamat yang sempurna jika digunakan untuk keperluan rohani seperti zakat, sedekah dan lainnya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran Surah Adz-Dzariyaat, ayat 19:
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
"Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)".
3. Islam Merupakan Ajaran Yang Bersifat Menyeluruh.
Islam merupakan rahmat bagi seluruh umat manusia sebagai petunjuk jalan kebenaran, meskipun sebahagiannya bersifat umum atau universal. Allah SWT berfirman dalam al-Qur'an Surah Al-Baqarah, ayat 208:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
4. Ajaran Islam Bersifat Seimbang Antara Individu Dan Masyarakat.
Islam merupakan ajaran agama yang memiliki tanggung jawab antara manusia dengan Allah SWT. Namun dalam ajaran Islam juga tidak mengenepikan hubungan antara sesama manusia. Dan semuanya kembali kepada amalan dan usaha masing-masing. Allah SWT berfirman dalam Surah An-Najm, ayat 39:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya".
5. Ajaran Islam Bersifat Universal Dan Manusiawi.
Dalam Islam ianya ditujukan kepada semua umat manusia dan bersifat umum. Tuhan dalam Islam adalah Tuhan semesta alam. Sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Qur'an Surah Saba, ayat 28:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)".
6. Ajaran Islam Bersifat Kekal.
Ajaran Islam yang diturunkan Allah melalui panduan al-Qur'an dan as-sunnah. Yang sudah berusia 14 abad lebih masih lagi terjaga keasliannya dari campur tangan manusia sampai ke hari ini. Hak ini telah digambarkan dalam al-Qur'an Surah Al-Hijr, ayat 9:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya".
7. Ajaran Islam Ada Yang Bersifat Tetap Dan Berubah.
Dalam islam ada ajaran yang bersifat kekal dan ada sebahagiannya bersifat berubah (bersifat ijtihadi). Sehingga tidak menutup kemungkinan pada manusia untuk melakukan ijtihadi. Allahu 'Alam.
Ya Allah jadikan kami hambaMu yang teguh dalam memegang ajaranMu, Mudah-mudahan hidup kami sentiasa mendapatkan lindunganMu serta kasih sayangMu. Aamiinn Ya Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

Comments
Post a Comment