Posts

Showing posts from July, 2017

Akibat suka solat hujung waktu

Image
Malaikat mengheretnya melewati orang banyak menuju ke arah api neraka yang menyambar-nyambar. Dia menjerit sekuat tenaga dan bertanya-tanya barangkali ada orang yang mampu membantunya. Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu orang tuanya. Bagaimana dia tidak pernah tertinggal puasanya, tidak pernah meninggalkan solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran. Dia terus menjerit lagi, namun tidak ada seorangpun yang tampil membantunya. Malaikat terus menyeret dia. Dan... mereka semakin dekat dengan kawah api neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini harapannya yang terakhir. Dia teringat ... Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bagaimana bersihnya seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali sehari dari dosa-dosa mereka" Dia menjerit lagi sekuat tenaga: "Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua malaikat tidak berh

30 orang yang pertama dalam Islam

Image
1. Orang yang pertama menulis Bismillah: Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam: Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan: Nabi Ibrahim AS. 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat: Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat: Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah: Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat: Nabi Muhammad SAW. 8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam: Abu Bakar As Siddiq RA. 9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA. 10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA. 11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA. 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki \: Al-Harith bin Abi Halah RA. 13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA. 14. Orang

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kita

Image
1. Apabila meninggal dunia ayah kita, maka matilah pimpinan dan nasihatnya... 2. Apabila meninggal dunia ibu kita, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya... 3. Apabila meninggal dunia abang kita, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama... 4. Apabila meninggal dunia kakak kita, maka hilanglah senyuman kasihnya... 5. Apabila meninggal dunia adik2 kita, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya... 6. Apabila meninggal dunia pasangan kita, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya... 7. Apabila meninggal dunia sahabat kita, maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."

Image
Petang itu, saya menerima satu panggilan telefon. Pemanggil tersebut meminta saya mengururuskan jenazah ibunya. Apabila sudah diamanahkan, tanpa berlengah saya bergegas ke rumah pemanggil tersebut yang letaknya tidak jauh dari kediaman saya. Saya tiba ketika hari sudah lewat petang. Org ramai yang terdiri daripada sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan sudah memenuhi kediaman tersebut. Saya melangkah masuk bertemu dengan suami dan anak-anak Allahyarhamah. Selepas berbicang kami mendapat kata sepakat, jenazah akan diuruskan keesokan harinya kerana hari sudah lewat, bertukar malam. Petang itu jenazah hanya dibersihkan dengan mengelap tubuhnya menggunakan kain sambil dibantu anak-anaknya seramai empat orang, dua lelaki dua perempuan. Semuanya sudah besar dan ada antaranya sudah berkahwin. Esoknya seawal pagi saya sampai ke rumah itu. Apabila mahu memandikan jenazah, salah seorang anak datang pada saya. "Boleh tak kami nak mandikan sendiri jenazah ibu kami?" tanya s

16 nama syaitan Laknatullah dan tugasnya

Image
Berikut adalah 16 nama syaitan Laknatullah serta tugasnya untuk menyesatkan manusia terutamanya umat Islam. 1. Zalitun – Tugasnya menyuruh manusia gemar boros berbelanja tanpa had dan fikiran hanya ingat pada makan dan makanan. 2. Watin – Tugasnya mendekati orang yang sedang ditimpa musibah agar bersangka buruk kepada Allah. 3. A’awar – Tugasnya menggoda raja dan orang besar agar zalim, rasa takbur dengan jawatan, membiarkan rakyat tanpa dibela dan tidak suka mendengar nasihat ulama. Menghias perempuan agar lelaki segera tergoda dan menggoda wanita agar mendekati lelaki yang dilihat menarik. 4. Hafaf – Tugasnya mengajak manusia berbuat maksiat, suka minum khamar dan berfoya-foya. 5. Murrah – Tugasnya mendekati ahli muzik agar selalu lalai dan leka dan melekakan pula para pengikut mereka. Juga mengganggu ahli-ahli ibadat semasa sedang berwuduk agar membazir, yakni menggunakan banyak air untuk berwuduk. 6. Masud – Tugasnya menyuruh manusia supaya selalu mengumpat, fitnah dan adu domba

26 sifat sombong yang kita sering amal tanpa sedari

Image
Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan. Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga. 1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya. 2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan. 3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja. 4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja. 5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan. 6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan. 7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak menden