Buya Hamka: Guru Hati

Siapa tidak kenal HAMKA atau nama sebenar Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lahir di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia pada 17 Februari 1908.

Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 1981 dan sepanjang hayatnya, Buya Hamka adalah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia. Beliau juga seorang yang disegani di Indonesia.

Penglibatan Buya Hamka di Indonesia bukan sahaja menyampaikan ilmu, bahkan beliau juga sangat aktif dalam dunia politik dan memiliki Kolej al-Muballighin untuk melatih pendakwah dan menerbitkan majalah dakwah seperti Pembela Islam, Merdeka, Menara, Pemandangan, Gema Islam, Pedoman Masyarakat dan Qathib al-Ummah.

Dalam perjalanan kehidupan Buya Hamka, ada cerita yang dapat kita semua mengambil pedoman.

Semasa Buya Hamka terlibat dengan pertubuhan Muhamaddiyah, beliau sangat lantang bersuara demi tanah airnya. Sehingga Buya Hamka sangat agung di mata rakyat Indonesia. Keadaan ini tidak disenangi oleh Presiden Soekarno pada masa itu dan Buya Hamka telah dipecat daripada jawatannya dalam Majlis Ulama Indonesia.

Berikutan karakter Buya Hamka sangat disegani oleh seluruh rakyat Indonesia pada masa itu, Soekarno meminta Mohammad Yamin bersama Pramoedya Ananta Toer melakukan pembunuhan karakter Buya Hamka melalui headline di beberapa media cetak.

Kekentalan jiwa yang dimiliki oleh Buya Hamka tidak sedikit pun melunturkan semangatnya demi kebenaran hakiki, sehinggakan Presiden Sokarno telah memasukkan Buya Hamka ke penjara bersama tokoh lain yang turut juga tidak disenangi oleh Soekarno, misalnya tokoh-tokoh daripada Majlis Syura Muslim Indonesia (MASYUMI).

Selama dua tahun empat bulan lamanya Buya Hamka di penjara. Apakah ia bersedih, berdendam dan mengutuk-ngutuk betapa jahatnya Soekarno padanya? Buya Hamka tidak sesekali marah, malah beliau amat bersyukur masuk penjara kerana, semasa di penjara beliau mampu membaca dan menyelesaikan 30 juz Tafsir al-Quran. Bagi Buya Hamka, jika beliau berada di luar, dia amat sibuk dengan urusan harian dan penglibatan dalam kancah duniawi.

Allah SWT Maha Besar, ketika Buya Hamka masih hidup, Allah telah menunjukkan kesedaran kepada ketiga pembesar yang telah memenjarakan Buya Hamka. Pramoedya telah mengakui kesilapannya, anak beliau bersama bakal menantunya ingin mempelajari dan mendalami agama Islam.

Pramoedya telah meminta Buya Hamka menjadi pengajar kepada anak dan bakal menantu beliau. Buya Hamka tidak sesekali menolak pelawaan daripada Pramoedya dan mengajar anak Pramoedya sehingga pandai. Walaupun Pramoedya suatu ketika dahulu pernah menganiaya Buya Hamka.

Mohammad Yamin pula telah sakit kuat. Beliau meminta orangnya memanggil Buya Hamka kerana beliau ingin berjumpa dan meminta maaf dengan Buya Hamka. Setiba Buya Hamka datang berjumpa dengan Mohammad Yamin, beliau telah menyatakan yang Mohammad Yamin tiada apa-apa kesalahan kepadanya. Walaupun Mohammad Yamin berkali-kali memohon maaf kepada Buya Hamka, beliau memaafkan, walaupun baginya Mohamad Yamin tiada kesalahan. Kekuasaan Allah Taala, Mohammad Yamin telah menghembuskan nafasnya terakhir dengan sempurna.

Begitu juga dengan Soekarno, Hamka hanya berterima kasih dengan hadiah penjara yang diberikan padanya kerana berhasil menulis buku yang menjadi dasar umat Islam dalam menafsirkan al-Quran. Tidak ada marah, tidak ada dendam, ia malah merindukan tokoh besar Indonesia itu, pejuang bangsa kerana telah membuat ujian hidup Buya Hamka menjadi semakin berliku, namun sangat indah.
Buya Hamka ingin berterima kasih untuk itu semua.

Tanggal 16 Jun 1970, seorang pembantu Soekarno datang ke rumah Buya Hamka membawa  kertas bertuliskan pendek;

"Bila aku mati kelak, aku minta kesediaan Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku.”

Buya Hamka langsung bertanya pada pembantu Soekarno, di mana beliau sekarang?"

Dengan pelan dijawab, "Bapak sudah wafat di RSPAD. Jenazahnya sedang dibawa ke Wisma Yoso."

Mata Buya Hamka menjadi sayu dan berkaca-kaca. Rasa rindunya ingin bertemu dengan tokoh besar Indonesia itu walaupun berhadapan dengan tubuh yang kaku tanpa berbicara. Hanya keikhlasan dan pemberian maaf yang dapat diberikan Buya Hamka kepada Soekarno.

Buya Hamka membaca doa dengan lembut dan tulus dipanjatkannya saat Buya Hamka menjadi imam solat jenazah presiden pertama Indonesia.

Mulia sungguh hati Buya Hamka. Cerita ini akan menjadi pedoman dan pengajaran kepada semua. Usahlah kita berdendam dan sentiasakan memuliakan hati kita sendiri.

Kredit untuk: MOHD RIZDUAN IBRAHIM (CgWan), Naib Ketua Pemuda UMNO Pasir Mas

Comments

Popular posts from this blog

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."