Memahami krisis Qatar


1. Israel cukup benci pada Qatar.
- Sebabnya Qatar mengambil pendekatan mesra dengan golongan militan anti-Israel seperti Hamas dan golongan bukan militan seperti Ikhwanul Muslimin. Qatar juga aktif menolong Palestin.

Media Aljazeera yang kritikal pada Israel pun berpusat di Qatar. Inilah satu-satunya media dunia Islam yang terkenal dan berani tegur Israel. CNN, BBC dan media lain semua tak berani.

2. Saudi juga bermasalah dengan Qatar.
- Sebabnya Qatar sokong Ikhwan di Mesir, sedangkan Saudi tidak suka Ikhwan. Ikhwan tidak mesra Saudi dan naik melalui demokrasi, sedangkan Saudi monarki. Bencinya Saudi kepada Ikhwan sampaikan Saudi sanggup menaja tentera Mesir untuk menggulingkan kerajaan Ikhwan.

3. Qatar ada perniagaan dengan Iran.
- Sebenarnya UAE dan negara Arab lain pun ada talian perniagaan dengan Iran. Cuma Qatar ini lebih kerap hubungannya dengan Iran kerana mereka sama-sama berkongsi telaga minyak.

4. Qatar bukan pro-Iran.
- Dakwaan bahawa Qatar pro-Iran tidak betul. Sebanyak 90 peratus orang Islam Qatar adalah Sunni, yang Syiah dalam 10 peratus sahaja. Malah Qatar bekerjasama dengan Arab Saudi memerangi militan syiah Houthi di Yaman sejak tahun 2015.

Jadi, kenapa tiba-tiba sekarang ini Qatar jadi sasaran? Banyak sebabnya. Antara sebab tambahan ialah Arab Saudi kecil hati pasal baru-baru ni media Qatar kena hack dan hacker itu buat statement kutuk Arab Saudi dan Amerika. Qatar sudah jelaskan bahawa sebenarnya itu hacking, tapi media Arab Saudi terus mainkan cerita itu.

5. Makanan
- Lebih 60 peratus makanan Qatar adalah dari Arab Saudi. Bila Saudi dan sekutunya putuskan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Qatar, bekalan makanan jadi isu. Yang mampu ganti ialah Turki dan Iran. Iran sudah tawar nak hantar atau bekalkan makanan kalau negara lain tidak mahu.

6. Agenda Israel.
- Yang pastinya, gabungan negara Islam bawah GCC akan menjadi lemah selepas ini. Gulf Cooperation Council ini adalah gabungan negara Islam di teluk iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Saudi dan UAE sejak tahun 1981.

Israel tidak berani dengan GCC pasal bersatu. Lepas ini, bila GCC berpecah, senanglah hendak jatuhkan satu-satu.

Comments

Popular posts from this blog

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

Buya Hamka: Guru Hati