Empat soalan penting untuk Sayyidina Ali

Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin.

Lelaki itu bertanya;

“Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya empat soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?"

Amirul Mukminin Ali  menjawab,

1. Yang wajib ialah taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.

2. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati.

3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.

4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan.

Comments

Popular posts from this blog

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

Buya Hamka: Guru Hati

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."