Jangan

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring di sebelah makam iaitu Saidina Umar Al Khattab

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah SAW melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas firaun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga 

Subhanallah....

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah     

MARI KITA RENUNG RENUNGKAN

Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku .._

Lahirmu :
Dilahirkan oleh orang lain.

Namamu :
Dinamakan oleh orang lain.

Pelajaranmu :
Diajar oleh orang lain.

Pendapatanmu :
Diberikan oleh orang lain.

Hormat :
Diberi oleh orang lain.

Mandian pertama dan terakhir :
Dimandikan oleh orang lain.

Selepas mati :
Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain.

Pengkebumianmu :
Dibuat oleh orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

Buya Hamka: Guru Hati

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."