Petua Imam Syafie - Solat





Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 Cara Tidur

1. Tidur para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.

2. Tidur para Ulama' dan Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur oara raja yang haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur syaitan
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim

1. Orang yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak wajib tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumah tangga? "Jaga solat...Insya-Allah bahagia..." - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah solat berjemaah walau payah macam mana sekali pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus..

5. Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, at least kalau mati, mati dalam solat.. - Ustaz Haslin Baharin

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun. - Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda, kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya. - Sheikh Abdullah Jahaf

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani..

10. Jangan cakap: "Pergi solat, kalau tak, masuk api neraka! "Tapi cakap: Jom solat, nanti kita masuk Syurga Allah sama-sama ya. Insya-Allah. - TG Harun Din

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol

Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa menyampaikan satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

Comments

Popular posts from this blog

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."

Buya Hamka: Guru Hati