Bila aku teringat dan rindu Rasulullah SAW

Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain..
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku,
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga
ia menaikkan semangatku

Bila aku kecewa pada mereka yang banyak menyakiti aku,
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yang membenci aku,
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka,
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yang hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku,
aku teringat pada baginda Muhammad SAW
yang mencintaiku semenjak seribu tahun dahulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda Muhammad SAW
yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yang dicintai dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku!

Assalamualaika ya Rasulullah
Assalamualaika ya habiballah

Selawat dan salam ke atas baginda junjungan besar, contoh terbaik sepanjang zaman. Terima Kasih Ya Rasulullah kerana membawa nikmat iman dan Islam. Syafaatkan kami di akhirat nanti

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya Ya Habiballah Muhammad SAW
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد

Comments

Popular posts from this blog

"Sayang!! nanti kita jumpa di Syurga..."

Amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari

Buya Hamka: Guru Hati